SECAWAN TEH KASIHKU UNTUK MU

APABILA BIBIR MENGUKIR SENYUMAN ~

pages

Followers

IT'S ALL ABOUT ME

My photo
Bagiku ketawa itu bahagia, senyum itu bermakna, diam itu segalanya.No matter who you are,you are what you believe, Islamic virtue show you the right track. Taking Islamic studies at IIUM PETALING JAYA CAMPUS..INSYAALLAH I will be a lecturer or ustazah in the future... may ALLAH bless me...Amin.

10 NASIHAT UNTUK MAR’AH MUSLIMAH


1.Malu tidak menghalang ilmu jika ia berlandaskan agamamu. Malu juga takkan menghalang kamu dari bercakap benar.
2.Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta duniamu, sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikitnya amalmu.
3.Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar, elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.
4.Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.
5.Jika kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhanmu bagaimana pula kamu mengharap redha dariNya…!



 INDAHNYA MUSLIMAH SOLEHAH



6.Apabila kamu hendakkan kekhusyukan hati, elakkan dirimu dari berlebih-lebihan dengan pandangan matamu.
7.Berhati-hatilah kamu dengan riya’ kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.
8.Tanamkan semangat jihad dalam jiwa anakmu, elakkan rumahmu dari menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk disembelih musuh ALLAH! Jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penggerak Kalimatullah.
9.Hayatilah kalam isteri pejuang yang dipenjara, apabila ditanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini katanya :”Aku mengenali suamiku sbagai pembawa rezeki kepadaku tapi dia bukanlah pengurnia rezeki bagiku.”
10.Jika benar hatimu takut kepada ALLAH, pasti hatimu tidak takutkan kematian dan kefakiran.



 
~Muslimah solehah sentiasa mendoakan kebaikan di dunia dan di akhirat~

PERKONGSIAN MA'A SYABAB....

RENUNGAN BERSAMA
 
Menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi,tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca Al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiah. Antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:
~Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu~
~Generasi amal dan membina jama’ie~
~Generasi rabbani dan ikhlas~
~Generasi yang bernasabkan Islam~
~Generasi dakwah dan jihad~
~Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai~
~Generasi gagah dan agung~
~Generasi seimbang dan sederhana~

ILMU
Bercinta kepada ilmu aspirasi yang sungguh murni,
Berkasih kepada ilmu itulah azimat buat nurani,
Cemburu dan cinta kepada ilmu itu tanda cinta dan kasih sudah bersemi.



“AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ITU SUMBER ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI"
 



8 PERKARA HIASAN BAGI 8 PERKARA
SAIDINA ABU BAKAR PERNAH BERKATA, MAKSUDNYA: ADA 8 PERKARA YANG MERUPAKAN HIASAN BAGI 8 PERKARA IAITU:
1.      Tidak meminta adalah hiasan fakir.
2.      Meninggalkan perbuatan mengungkit pemberian adalah hiasan amalan baik.
3.      Sabar adalah hiasan bala.
4.      Tawadhuk adalah hiasan penuntut ilmu.
5.      Lambat marah adalah hiasan ilmu.
6.      Banyak menangis adalah hiasan khauf (takut).
7.      Syukur adalah hiasan nikmat.
8.      Khusyuk adalah hiasan solat. 


~Hiasilah dirimu dengan akhlak mulia wahai pemuda pemudi Islam~





~WASIAT IMAM SYAFIE~

Antara kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu Imam As-Syafie Rahimahullah.

1.      Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang dihafaz semata-mata.
2.      Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu ,mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan meyakini segala kekuasaan Allah.
3.      Imam Syafie telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah uzur, maka beliau menjawab: “Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.”
4.      Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
5.      Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu, engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.
6.      Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya.
7.      Capailah sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.
8.      Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.
9.      Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka hendaklah dia berbaik sangka terhadap orang lain.
10.  Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11.  Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar diatas segala kesusahan di dalam mencapainya.
12.  Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya (hasil).
13.  Sesiapa yang mahu kebahagiaan diakhirat, maka hendaklah dia ikhlas dengan ilmu.
14.  Sekiranya manusia berfikir mengenai kandugan surah al-Asr maka sudah mencukupi.
15.  Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisihkan diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.




~KAU YANG BERNAMA WANITA~
Dari keayuan raut wajahmu menyembunyikan seribu pentafsiran.
Kesenian yang dikurniakan kepadamu terlalu indah untuk dibandingkan.
Fitrahmu dengan kelembutan jua kasih sayang yang luhur penuh keikhlasan.
Tuturmu tersembunyi suatu firasat yang tersirat, mengungkap realiti yang penuh sarat.
Langkahmu tersusun penuh adat.
Lemah gemalai yang mampu menjerat.
Kesopanan yang sering diperlihat.
Menjadi nilaian sang kumbang yang ingin memikat.
Agungnya ciptaan tiada tandingan.
Kesenian yang tak pernah hilang darimu.
Kau seorang wanita hiasan dunia.


~INDAHNYA WANITA SOLEHAH~

•• Untuk Wanita Yang berGelar Muslimah ••

★ Semoga Hijab menjadi pakaianmu ✔

★ Semoga Kesucian menjadi amalanmu ✔
...
★ Semoga Kesopanan menjadi Perhiasanmu ✔

★ Semoga Syurga menjadi Tempatmu ✔


~SEBURUK-BURUK SENYUMAN ADALAH SENYUMAN PEREMPUAN BEJAT.
MENGUNDANG SERIBU KEGHAIRAHAN KEPADA LELAKI.
SEBAIK-BAIK SENYUMAN ADALAH SENYUMAN WANITA YANG SENYUM HANYA KERANA SUAMI TERCINTA~