SECAWAN TEH KASIHKU UNTUK MU

APABILA BIBIR MENGUKIR SENYUMAN ~

pages

Followers

IT'S ALL ABOUT ME

My photo
Bagiku ketawa itu bahagia, senyum itu bermakna, diam itu segalanya.No matter who you are,you are what you believe, Islamic virtue show you the right track. Taking Islamic studies at IIUM PETALING JAYA CAMPUS..INSYAALLAH I will be a lecturer or ustazah in the future... may ALLAH bless me...Amin.

10 NASIHAT UNTUK MAR’AH MUSLIMAH


1.Malu tidak menghalang ilmu jika ia berlandaskan agamamu. Malu juga takkan menghalang kamu dari bercakap benar.
2.Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta duniamu, sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikitnya amalmu.
3.Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar, elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.
4.Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.
5.Jika kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhanmu bagaimana pula kamu mengharap redha dariNya…!



 INDAHNYA MUSLIMAH SOLEHAH



6.Apabila kamu hendakkan kekhusyukan hati, elakkan dirimu dari berlebih-lebihan dengan pandangan matamu.
7.Berhati-hatilah kamu dengan riya’ kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.
8.Tanamkan semangat jihad dalam jiwa anakmu, elakkan rumahmu dari menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk disembelih musuh ALLAH! Jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penggerak Kalimatullah.
9.Hayatilah kalam isteri pejuang yang dipenjara, apabila ditanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini katanya :”Aku mengenali suamiku sbagai pembawa rezeki kepadaku tapi dia bukanlah pengurnia rezeki bagiku.”
10.Jika benar hatimu takut kepada ALLAH, pasti hatimu tidak takutkan kematian dan kefakiran.



 
~Muslimah solehah sentiasa mendoakan kebaikan di dunia dan di akhirat~

2 comments:

syukran hasnah...sesungguhnya diriku ini penuh kekurangan...tapi ana cuba untuk tidak tewas melawan nafsu..ana cuba islah nafs...

 

Post a Comment