Ada empat jenis manusia…
tapi aku tergolong dalam kelompok manakah?
Dia adalah manusia yang tidak tahu.
Dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu.
Manusia jenis apa ini???
Adakah dia ketiduran atau kebingungan?
Pasti sekali dia masih ketiduran! Tidur yang panjang!
Dan dia harus dibangunkan dari terus dibuai mimpi yang melalaikan!
Kerana dia teraba-raba dalam terang, bantu dia cari cahaya
Supaya dia bahagia…
Supaya dia bahagia…
Dia adalah manusia yang tidak tahu.
Dia tahu bahawa dia tidak tahu.
Maka dia pasti tahu apa yang harus dilakukannya,
Dia harus mencari sesuatu yang menjadi miliknya.
Maka dia perlu mengkoreksi dirinya,
Dimana kurangnya, dimana silapnya,
Dia mesti cari dan tahu pasti apa dirinya mahu.
Untuk apa dia disini??? Apa kewajipannya?
Semoga dirinya berjaya mencari kebenaran…
Dia adalah manusia yang tahu.
Dia tidak tahu bahawa dia tahu.
Patutkah dia begitu???
Mungkin dia sedang bermalas-malasan.
Mungkin juga dia pentingkan diri sendiri.
Mungkin jua dia berlaku zalim, tanpa disedari dia zalim pada diri sendiri.
Kerana mungkin dia menyembunyikan kebenaran untuk dirinya.
Maka dia patut diketuk dengan ujian,
‘’Terhantuk baru terngadah’’
Mungkin pepatah itu sesuai untuknya…
Dia adalah manusia yang tahu.
Dia tahu bahawa dia tahu.
Dia menyedari tujuannya hidup dibumi,
Dia boleh dijadikan pemimpin insani,
Dia juga seorang yang mengislah nafsihi,
Dia sudah tentu pejuang dijalan Ilahi,
Matlamatnya menjalankan yang ma’ruf dan nahi.
Insyaallah, dia seorang manusia yang tidak lalai dengan duniawi…
2 comments:
InsyaAllah....mohon doa...
Semoga anda & kita semua tergolong dalam kalangan mereka2 yang mendapat hidayah dan inayah dari Allah, insyaallah, barakallahufiqa... :)
Post a Comment