SECAWAN TEH KASIHKU UNTUK MU

APABILA BIBIR MENGUKIR SENYUMAN ~

pages

Followers

IT'S ALL ABOUT ME

My photo
Bagiku ketawa itu bahagia, senyum itu bermakna, diam itu segalanya.No matter who you are,you are what you believe, Islamic virtue show you the right track. Taking Islamic studies at IIUM PETALING JAYA CAMPUS..INSYAALLAH I will be a lecturer or ustazah in the future... may ALLAH bless me...Amin.

Wanita hiasan dunia

Wanita, hiasan dunia…
Seindah hiasan adalah wanita solehah yang
akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga.
Wanita, betapa kau dipuja dan dipuji oleh mereka yang bergelar sang Adam.
Mereka mendambakan kehadiranmu buat peneman setia
Melayar bahtera ke muara cinta Ilahi.

~lelaki soleh untuk wanita solehah~

Wanita , jaga maruah dirimu
Wanita, jaga mahkota agungmu
Wanita, ketahuilah kau penyeri dunia.
Wanita, cantiknya dirimu bukan dilihat dari cara 
Kau menyisir rambutmu
Wanita, cantiknya dirimu bukan jua dinilai
Dengan kau mengoles rapi perhiasan di wajahmu.
Cantiknya dirimu bukan nilaiannya kau pandai
Menuturkan ayat-ayat cinta menggoda.
Cantikmu jua bukan dari liuk lentok bahasa badanmu.

~kau adalah terpilih, bersyukurlah~
 
 
Tapi, kecantikanmu kerana dibasahi wudhuk yang
Sempurna, memberi seri.
Cantiknya engkau kerana kelembutan, kesopanan,
Keibuan, keanak-anakan dan sifat penyayang itu fitrahmu.
Wahai wanita solehah, bersyukurlah, sayangilah dirimu
Kerana kau sentiasa dirindui, disayangi dan dilindungi.
                                                                                     
Tapi awas wanita!...
Kecantikanmu bukan tiket membuatkan sang Adam menjadi futur,
Bahkan kau adalah sayap kiri pembakar semangat jihad bersama,
Kecantikanmu bukan suatu kesalahan,
Malahan membuatkan Sang Adam tenteram,
Kecantikanmu bukan tatapan mata Si Jalang,
Oleh itu, sembunyikan kecantikanmu dari kerlipan si pemandang.
 
 
~kecantikanmu hanya untuk suamimu~


Wanita yang baik tidak semestinya solehah,
Tapi wanita solehah semestinya yang terbaik.
Yang merendahkan pandangannya, menjaga tutur bicaranya,
 Menjaga Agama yang dipeluknya, yang
Menjaga dirinya, maruahnya dan akhlaknya.

Ketahuilah wanita solehah, malu itu pakaianmu,
Kau tidak dikenali mahupun memperkenalkan diri,
Jauh sekali bersemuka dengan lelaki ajnabi.
Wanita solehah, betapa kau dirindui kerana
Mencarimu adalah payah, menjejakimu adalah goyah,



~indahnya wanita solehah~


Wanita solehah itu adalah kau, dia, kamu dan mereka.
Bersyukurlah kerana kalian adalah terpilih dari kalangan yang terpilih.
Jagalah dirimu kerana kehadiranmu dinanti-nanti,
Ketiadaanmu mengundang seribu sepi,
Bahkan kesunyian Adam bagai mimpi ngeri,
Suria seperti pudar memancarkan sinarnya,
 Kerana bulan jua bagai tidak mahu muncul lagi.
Oleh itu sayangi dirimu wahai wanita solehah… :)

Hasil nukilan: WajhulWasim 2011

0 comments:

Post a Comment